4 bulan yang lalu wanita ini berkelana jauh ke beberapa negara sekitar Eropah. Namun siapa sangka ‘pertemuan’ singkat dengan supercar BMW i8 yang berharga RM 1.2 juta ini ketika di Jerman menjadikan dirinya wanita Malaysia pertama mampu memilikinya.
Bak kata pepatah ‘genggam bara api biar jadi arang’, wanita yang lebih dikenali dengan nama Ellybillionaire buktikan sesuatu itu tidak mustahil untuk dicapai jika adanya semangat dan usaha yang gigih.
Namun siapa dan bagaimana wanita ini mampu memiliki BWM i8 tersebut? Ini bukan cerita MLM atau skim cepat kaya, tapi kisah sebenar yang boleh dijadikan contoh buat mereka yang mahukan perubahan. Memang meleleh habis tengok kereta tu.
Saya pernah merasai kepayahan hidup. Kami empat beradik dibesarkan sederhana dalam keluarga penjawat awam. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Gambang, Pahang, hidup kami semakin susah apatah lagi ayah meninggal dunia pada usia saya 18 tahun.
“Ketika itu ibu juga sudah bersara awal sebagai kakitangan kerajaan. Pergi ke kedai pajak gadai adalah perkara biasa. Bahkan bagi menjana pendapatan lebih, saya juga pernah berniaga kain batik dan nasi lemak semasa menuntut di universiti.
Tolak gaji RM1750 sebulan dan kejar impian
Demi mengejar cita-cita dan keluar dari kepompong kepayahan hidup, wanita ini nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang juruaudit bergaji RM1750 kepada perunding unit amanah saham.
Ternyata keputusannya tidak sia-sia.
Gadai emas pusaka di awal karier
Seperti orang lain, saya juga berdepan kesukaran ketika kerjaya baharu bermula. Saya perlu bersedia dengan penolakan daripada mereka yang mahu didekati. Selain itu, faktor kewangan juga memberi cabaran kerana kami tiada gaji tetap dan bersandarkan komisen daripada jualan unit saham semata-mata.
Pada masa itu, sekali lagi saya terpaksa menggadaikan barang kemas pusaka demi menyara hidup pada bulan pertama kerana wang yang banyak diperlukan untuk membayar bil telefon.
Salah satu cara berkesan untuk mendapatkan klien baharu adalah menerusi telefon, itu antara kaedah pemasaran yang saya gemar lakukan.Tetapi usaha keras saya berbaloi kerana pada bulan pertama, pendapatan yang diperoleh sudah mencecah RM5,000, pada bulan kedua sebanyak RM15,000 dan mendapat RM40,000 pada bulan ketiga.
Hampir 14 tahun dalam Unit Trust
Setiap usaha perlu bermula dari bawah dan banyak yang perlu dilalui. Hampir 14 tahun di dalam bidang diceburi, wanita ini kini merupakan president kepada EB Champion United (EBC) iaitu agensi perunding unit amanah.
Malah beliau telah banyak melahirkan ramai jutawan dibawah programnya yang masing-masing kini mampu memiliki kereta mewah dan pendapatan yang cukup lumayan.
Rekod 7 tahun berturut-turut, pecah dominasi bukan Bumiputera
Atas usaha yang berterusan, wanita ini merupakan Pengurus Agensi Kumpulan no 1 di dalam Public Mutual selama 7 tahun berturut-turut sejak 2008.
Lebih manis, dirinya insan pertama yang berjaya memecah dominasi bukan bumiputera yang sebelum ini memenangi anugerah tersebut. Sesuatu yang membanggakan!
Rahsia dalam bidang ini
Ditolak dan dihalau dalam pelbagai cara sama ada kasar atau lembut adalah lumrah dalam dunia kerjaya ini terutamanya kepada mereka yang tidak faham tentang unit amanah atau tidak ada masa untuk mendengar penerangan. Jadi sebagai seorang perunding, kita perlu pandai mengambil hati mereka dengan cara berkomunikasi yang betul...
Kalau ditolak, janganlah berasa sedih atau berputus asa. Jangan fikirkan sangat tentangnya kerana ia boleh membuatkan kita menjadi semakin negatif. Sebaliknya fikir dan ‘hiburkan’ matlamat kita. Biar matlamat menguasai perasaan itu...
Kejayaan wanita ini bukti yang kita semua pun mampu capai apa yang diidamkan jika berusaha. Moga ianya bolah dijadikan contoh buat orang ramai...
sumber http://www.sembangsembang.com/
Monday, 7 September 2015
Filled Under:
JOM BACA..Kisah Benar!!! Disebalik Kejayaan Wanita Pertama Malaysia Miliki Supercar BMW i8 RM1.2 Juta!
Posted By:
aku
on 06:16
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment