Tuesday, 22 September 2015
Filled Under:
Berita Ini Tidak Digembar Gemburkan Oleh Media Pro Umno....Kerana.....
Posted By:
aku
on 23:21
Skandal syarikat pelaburan negara,,, 1Malaysia Devel0pment Berhad (1MDB) telah ‘mempopularkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia di seluruh dunia....
Ini kerana, laporan yang menyatakan Bir0 Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mula menjalankan siasatan rasuah melibatkan 1MDB telah mendapat liputan meluas media di beberapa buah negara....
Laporan itu telah mendapat perhatian media sekurang-kurangnya 10 negara seperti di Bulgaria, Thailand, Vietnam, Sepany0l, China, K0rea, Rusia, Jepun dan India....
Siasatan FBI ke atas 1MDB tercetus apabila Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dihalang ke luar negara dan kemudiannya di tahan oleh polis....
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dikatakan merancang untuk ke New Y0rk dan L0nd0n pada Jumaat lalu.... Bagaimanapun, tujuan beliau ke luar negara tidak diketahui....
1MDB diselubungi kontroversi apabila ia dikaitkan memiliki hutang sebanyak RM42 bilion dan turut didakwa salah urus kewangan....
Berikutan itu siasatan terhadap 1MDB dilakukan secara menyeluruh....
Bulan lalu pihak berkuasa Switzerland membekukan akaun dana itu untuk siasatan lanjut... Pihak berkuasa H0ng K0ng juga mengesahkan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan....
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment